About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, April 21, 2009

Honey, I Hate You!

Hani terjelupuk di atas lantai. Shahir! Jangan pergi dulu! Aku sayang kau!

**********

‘hei kau. ironkan baju aku.’ Shahir selamba menghulurkan kemejanya kepada Hani yang jelas kelam-kabut bersiap untuk ke pejabat. Hani menjeling. Sengal mamat ni! Dah tengok aku kelam kelibut cam ni lagi nak sabotaj aku.

‘nampak tak papan iron tu? Nampak seterika tu? Ada kaki, ada tangan, jalan pergi sana, bukak suis, iron la SENDIRI!’ tempelak Hani. Geram. Dia pantas mencapai tas tangannya lalu melangkah laju keluar bilik. Shahir senyum sinis. Cuma melihat Hani yang keluar macam ribut dari bilik itu. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu di atas meja solek. Dia senyum lagi. Haha. Siap kau.

Hani masuk ke kereta, menyeluk-nyeluk tas tangannya mencari sesuatu.

‘alamak, mana pulak kunci ni…’ Hani mengomel sendiri. Kat atas ke? Hani masuk ke rumah semula, sampai di bilik, menjeling Shahir yang bersenang-lenang di atas katil, dan tangannya menyelongkar laci dan meja solek. Mencari-cari kunci keretanya. Ish, bencinya bila sampai part ni. Nak tak nak terpaksa dia bertanya.

‘awak, Nampak kunci kereta saya tak?’ Tanya Hani, egonya yang menebal ditolak tepi sekejap.

‘tak.’ Jawab Shahir bersahaja, majalah Aksi AF dibelek-beleknya. Pandang wajah Hani pun tidak. Hani mendengus kecil. Argh, menyesal Tanya! Tapi ke mana pulak perginya? Dia menyelongkar lagi. Penat dan geram dengan situasi itu, dia menghempaskan punggung di atas katil.

Shahir kelihatan terganggu.

‘hei kau. duduk baik-baik boleh? Bergegar katil ni.’ Hani tidak menjawab. Malas nak layan. Shahir senyum sendiri.

‘ish, macam mana ni? Dah lambat sangat ni,’ Hani membebel sendiri, dijelingnya jam di tangan.

Dia bingkas, berusaha lagi mencari di dalam laci dan almari baju, mana tau tersesat ke. Walaupun dia positif kunci itu tidak akan sampai ke situ. Shahir bingkas juga, menghampiri meja solek sekejap sebelum menuju ke pintu.

‘kau cari apa? Kunci kereta? Rabun ke? Atas meja tu pun tak Nampak ke?’ lalu dia keluar dari bilik. Hani mengalih pandang ke atas meja solek. Ada! Tadi tak ada. dia mencapai kunci itu sebelum menyerbu keluar bilik.

‘awak ambil kunci ni kan?’ marah Hani. Shahir masih dengan wajah bersahaja.

‘ah, takde masa la aku nak kacau barang kau.’ anak tangga dituruni satu persatu. Hani mengekor dari belakang dengan wajah tidak puas hati.

‘tipu! Tadi tak ada!’ ujar Hani lagi, suaranya meninggi.

‘kalau mata tu dah memang rosak, pergi jumpa doctor, pakai cermin mata 10 inci, ok? Jangan nak main tuduh-tuduh lak.’ Shahir sudah memusing badannya menghadap Hani yang seakan-akan menunggu masa mahu menerkam Shahir. Nafas Hani turun naik menahan geram.

“argh‼‼ benci‼! Tepilah!’ ujar Hani seraya menolak kasar badan bidang Shahir yang menghalang laluannya. Dia perlu cepat dan geramnya terpaksa diketepikan buat seketika.
Bencinya pada insan bernama Shahir itu takkan pernah habis.

Dia masuk ke dalam kereta dan pintu dihempas kuat. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya dipandu laju pergi meninggalkan rumah yang tidak pernah aman padanya sejak 5 bulan lalu.

‘kau sure ke dia ambil kunci kau? ke kau memang tak Nampak?’ Lina bertanya. Hani mendengus kecil. Asyik-asyik nak bela dia.

‘yela, aku sure! Memang kunci tu tak ada mula-mula, lepas tu dia letak bila dia nak keluar. Dia ambil kunci tu. Aku dah cari bagai nak gila tak ada, tiba-tiba ada. takkan kunci tu boleh hidup kot? Main cak-cak pulak dengan aku!’ marah Hani, baru berpeluang melepaskan geramnya pagi tadi.

‘Hani, kau pun tau, kalau kita cari barang time kelam-kabut memang takkan jumpa. Bila dah rilek or orang lain tolong, baru benda tu akan kita jumpa, kadang-kadang kita dah Nampak tapi disebabkan perasaan tak tenang, kita memang takkan perasan. Kau main tuduh je, kalau dia tak salah buat dosa kering je.’

‘aku tak faham la, kenapa kau suka bela dia? Aku ni kawan kau tau, bukan dia!’ tempelak Hani. Lina menggeleng.

‘Hani, aku lagi tak faham, dia suami kau, kenapa kau benci dia sangat?’ Hani terdiam.

Sebab dia Shahir! I hate you Shahir! Jeritan itu menyelubungi seluruh perasaannya tika itu.

**********

‘hei gem! Nak pergi mana?’ suara sinis itu kedengaran. Hani berlagak tidak dengar sahaja.

‘woi, pekak apa?’ suara itu kedengaran lagi. Hani menyelak majalah Vogue di tangannya.

‘cheh, baca vogue. Kau ingat kau boleh jadi kurus ke baca vogue, ha gem?’ Shahir ketawa dengan katanya sendiri. Hani menjeling geram. Tak lawak pun! Namun suaranya tak terkeluar. Dia terus berlari masuk ke rumah. Air mata saban hari menjadi peneman.

Hani sedar dia gemuk dan tidak cantik. Mahu melawan tapi kerana ingatkan nasihat ayahnya yang menjaganya sejak ketiadaan emaknya sejak dia berumur setahun lagi, dia tutup sahaja mulutnya. Namun suara celupar milik jirannya Shahir itu tidak pernah diam. Benci!

Apabila Shahir berpindah rumah, Hanilah orang yang paling bahagia sekali mendengar berita itu. Dia lega kerana tidak akan ada lagi suara sumbang itu kelak.

Berbelas tahun berlalu. Gemuk? Tidak lagi. Hani sudah menjadi seorang perawan yang cantik berkat sabarnya namun saban hari kerisauan Haji Salleh semakin bertambah kerana puterinya yang seorang itu tidak menunjukkan minat untuk berkahwin.

Bagi Hani, lelaki (selain ayahnya) semua hipokrit. Semasa dia gemuk dulu, mengejek selalu, mendekat tak mahu. Bila dah cantik, berebut-rebut datang! Dasar mata keranjang! Baik tak payah kahwin. Buat sakit hati je.

Dan suatu hari, ditakdirkan Haji Salleh bertemu kembali jiran lamanya, Haji Ali di sebuah kenduri kenalan. Kekecohan yang timbul di kenduri itulah yang menyilangkan takdir Hani dan Shahir di dalam alam perkahwinan yang tidak pernah termimpi oleh mereka. Bagaimana? Begini ceritanya…

Hani sudah kelaparan semula. Ayah jumpa kawan dah tak nak balik pulak. Hani merungut-rungut sendiri. Dia duduk di satu sudut berseorangan. Tiba-tiba, seorang jejaka mendekatinya. Hani menjeling sekilas, tidak berminat seperti biasa.

‘hai sorang je?’ Tanya lelaki itu. Hani tidak menjawab. Berpura-pura seperti lelaki itu tidak wujud di sisinya.

Kerusi ditarik lalu dia duduk tanpa dijemput. Hani mencebik. Memang buaya! Dia menyumpah di dalam hati. Ayah, cepat datang!

‘saya Shahir. Awak?’ Hani mengangkat mukanya. Ya, wajah itu kembali tapi dalam versi yang baru. Kacak? Huh! Muka tembok rumah tak siap lagi hensem dari muka dia!

‘awak ni bisu ke?’ suara itu bertanya lembut. Hani memalingkan mukanya. Ah, bicaranya cukup berbeza dengan dulu. Kerana dia gemuk! Sekarang? Ha, baru kau tau, dah la tak cam aku, boleh lak lembut gigi dari lidah sekarang ek? Lidah lembu betul mamat ni!

‘suka hati saya la nak cakap ke tak! Awak sibuk kenapa?’ tingkah Hani. Shahir tersentak sedikit. Pergh! Gila kasar cakap! Rupa dah ada, ni perempuan ke pompuan?

‘amboi, kasarnya. Tak baik tau perempuan kasar-kasar macam ni. Nanti tak ada orang nak masuk meminang.’ Usik Shahir.

‘eh, awak ni memang suka bercakap dengan orang asing ek? Apa saya kisah ada orang nak meminang saya ke tak? Lagi bagus kalau tak kahwin tau! Lelaki, hipokrit! Buaya! Mata keranjang!’ dan terluahlah semuanya tanpa dia sedari. Ha, tu baru dendam belasan tahun! Kalau puluhan tahun tak tau ayat apa lagi nak keluar. Shahir terkedu.

Tetamu yang hadir sudah menjeling-jeling. Shahir menahan malu. Hani? Peduli apa dia dengan orang ramai. Geram, benci dan marah bersilih ganti.

‘awak, orang tengok la. Kenapa garang sangat awak ni?’ ujar Shahir lagi, masih berlembut.

Telinga Hani sudah kepanasan mendengar bicara lembut itu. Dulu kau gelakkan aku ikut suka, mengutuk suka-suka hati, sekarang sebab aku dah cantik cam ni dan kau tak cam aku, cakap bukan main lembut lagi. Meluatnya aku dengan mamat ni‼‼ Hani sudah berdiri. Tidak mampu lagi menerima sikap pura-pura dan menjelikkan itu.

Wajahnya sudah memerah marah. Ditenung Shahir seakan mahu ditelan. Dia sudah tidak peduli, kenduri tak kenduri, kesopanan dan kesusilaan rukun Negara kelima yang selama ini dpegangnya hilang entah ke mana. Geram dan marahnya beraja.

‘eh, kau tau tak aku sapa ha? Amboi, amboi, dulu, masa aku gemuk bukan main kurang ajar cakap, sekarang, sebab aku dah cun macam ni, kau cakap bukan main lembut lagi. Hee, meluatnya aku dengan lelaki! Hipokrit! Aku benci kau!’ Shahir terkedu. Nafas Hani turun naik menahan marah.

‘Hani!’ Hani menoleh. Gulp! Ayah! Maafkan Hani! Dan Shahir juga menelan liur membalas renungan tajam ayahnya di sisi Haji Salleh.

Itulah kisah yang membawa kepada perkahwinan mereka.

Seminggu selepas itu, Hani (yang menyesal tak sudah dengan peristiwa ‘pertukaran rupa’nya di kenduri itu) dipanggil ayahnya.

‘Hani tak ada teman lelaki kan?’

Gulp! Kenapa Tanya pasal ni?

‘err, tak ada ayah.’ Ujarnya ringkas. Dia masih berhutang dengan ayah kerana peristiwa hari itu.
Ayah tidak marah padanya, sebaliknya ayah berlagak biasa. Hani tahu, bila-bila masa saja ‘hutang’ marah ayah akan dituntut. Dan takkanlah ayah nak tuntut sekarang? Mampus!

‘ayah nak kahwinkan Hani dengan anak kawan ayah. Hani bukan muda lagi. Dah nak masuk 30. Tengok gaya Hani macam ni sampai bila ayah nak tunggu.’ Luah ayah. Hani menunduk. Perlukah diturut? Dia hormat ayah, tak sanggup menolak. Kalau menolak, memang dia jadi ‘andalusia’ la gamaknya.

‘kenal Shahir?’ Tanya ayah berbasa-basi, tidak menuntut jawapan yang memang telah dia tahu.

Hani memandang ayahnya seakan tidak percaya. Ayah tidak memandang wajahnya. Bererti ayah tidak mahu berbincang. Muktamad. Hani menelan liur.

************

Hani memandu pulang. Resah setiap kali waktu pejabatnya habis. Benci dengan kenyataan yang dia kini berkongsi hidup dengan Shahir. Dan yang paling dia tak puas hati ialah penerimaan Shahir. Kata ayah (Hani bertanya bila mood ayah dah baik sikit), Shahir tidak menolak langsung bila diusulkan tentang perkahwinan itu.

Cis, dasar lelaki! Pantang dapat peluang! Pantang dapat perempuan cantik! Namun Hani sudah bertekad tidak akan memberi hak suami itu kepada Shahir. Dan Shahir? Tidak pernah kisah langsung. Lega juga Hani melihat Shahir begitu. Sekurang-kurangnya, tak akan ada berita
‘Suami dibunuh isteri di malam pertama’ terpampang di muka depan akhbar utama.

Namun hidupnya tidak pernah aman juga. Kerana hari mereka akan bermula dengan pertengkaran dan berakhir dengan pertengkaran. Tidur sebilik? Hani terpaksa bila memikirkan amaran ayah sebelum dia bernikah.

‘kalau ayah tau Hani tidur bilik lain, ayah takkan maafkan Hani, ingat.’

Dan terikatlah Hani di alam perkahwinan yang sepatutnya menjadi impian indah semua insan. Tidak percaya juga dia bila memikirkan sudah 5 bulan berlalu dan mereka masih ‘suami isteri’ di atas kertas. Hani tidak mahu mempersoalkan hal ‘cerai’ kerana sayangnya pada ayah. Dia rela berkorban. Tapi pengorbanan itu tiada hasil langsung. Yelah, tidur masing-masing bagi belakang tak ada guna juga kan?

Hani tidak mahu beralah. Dia tidak akan beralah dengan Shahir. Jika dulu dia akan berdiam, sekarang semua benda akan dijawabnya. Pantang ada peluang.

Sampai di rumah, Hani melangkah longlai. Masih teringat peristiwa pagi tadi. Kereta dia ada, maksudnya dia ada. Hani melepaskan keluhan panjang. Bosan dengan hidup.
Dia masuk ke dalam rumah yang sunyi, menaiki tangga ke bilik.

Tiada orang di dalam bilik. Hani tidak ambil kisah. Lagi senang. Mungkin dia di bilik bacaan. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, dia selesai mandi. Mencari-cari sesuatu yang kurang. Alamak! Gaun mandi tak ada kat sini!

Dipandang sepi tualanya. Tuala pendek pulak. Muat-muat saja dari dada sampai ke atas lutut. Habis la. Lupa pula dia gaun mandi itu dijemur di luar sebentar pagi tadi. Macam mana nak gantung dalam bilik air?

Shahir mandi mengalahkan puteri. Lama bukan main. Bosan menunggu, Hani terus terlupa tentang gaun mandi itu. Bangun pulak lambat, lagi la. Hari ni memang hari paling malang antara hari malang selama 5 bulan ni (sebab sejak kahwin memang harinye dilabel malang semua).

Macam mana ni? Dan tiba-tiba Hani terjerit kecil apabila pintu bilik air diketuk dari luar kuat. Bagai nak roboh pintu.

‘wei, cepat sikit. Aku sakit perut ni!’ jerit Shahir dari luar. Hani terdiam. Gila nak keluar macam ni? Selama 5 bulan Shahir hanya mampu menatap dari hujung rambutnya hingga ke lehernya saja. Dia tidak pernah mendedahkan lebih dari itu.

‘dah tak ada bilik air lain ke awak nak guna? Turun bawah lah.’ Jerit Hani pula.

‘suka hati aku lah! Aku bayar sewa jugak! Bukan kau je duduk kat rumah ni!’ tempelak Shahir.

‘tak nak! Awak turun bawah!’ jerit Hani, tidak mahu kalah. Tak boleh!!

‘wei, kau ni kenapa? Keluar la perempuan! Aku tak tahan ni!’

‘tak nak‼’ jerit Hani lagi. Kalau ikutkan, dia tak kebulur nak terperap dalam bilik air ni. Tapi dia terpaksa sangat! Tak mungkin dia akan keluar!

‘Hani! Kau gila ke ha?’

‘memang saya gila! Suka hati saya la! Awak ambik kunci saya pagi tadi! Rasakan lah!’ teringat pulak cerita pagi tadi. Tak berniat tapi lebih kepada mencari dalih. Tidak mahu Shahir tahu sebab sebenar dia tidak mahu keluar.

‘gila!’ jarit Shahir sebelum sepi menyelubungi suasana.

Hani tertanya-tanya sendiri. Dia dah turun ke? Ish, susah betul! Hani membuka pintu bilik air sedikit.

Mengintai kelibat manusia. Tak ada. selamat kot? Dia pantas keluar, berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Mahu dikuncinya. Belum sempat tangannya mendarat di tombol, pintu telah terbuka dulu dari luar. Alamak!

Shahir terkedu. Hani tergamam. Shahir mengatur langkah perlahan ke arah Hani. Senyuman terukir di wajahnya. Hani menggelabah. Tu senyum perogol dalam tv! Alamak, nak lari mana?

Dia pantas bergerak mahu menuju ke bilik air namun langkahnya terhenti. Tangannya tersangkut pada sesuatu. Or lebih tepat lagi, sesuatu menyangkut pada pergelangan tangannya. Jemari Shahir.

‘lepas lah!’ tempelak Hani. Lebih kepada menunjuk kuat. Sedang hatinya Tuhan saja yang tahu. Matilah aku! Esok, gerenti tajuk ‘Isteri dirogol suami’ jadi muka depan akhbar! Aku tak nak!

‘patutla degil tak nak keluar. Rupanya pakai tak senonoh.’ Hani menjeling Shahir. Cis, sungguh sengal ayat itu!

‘suka hati saya lah! Sekarang lepaskan tangan saya boleh?’ Hani, jangan tunjuk lemah!

‘tak boleh lah. Takkan saya nak biar je ikan goreng depan mata?’ ces! Hampeh betul laki ni!

‘hei, awak. Kalau dah tau rabun kenapa tak pergi jumpa doctor je ha? Beli cermin mata 15 inci! Dah tak reti beza ke orang dengan ikan?’ bebel Hani. Gelabahnya jangan kata. Habis!

Dia tidak boleh meronta juga kerana tualanya boleh terlucut bila-bila masa saja. Sebelah tangan pegang ikatan tuala, sebelah lagi dah kena gari, macam mana ni?

Hani tidak sanggup memikirkan nasibnya selepas ini. Gementar menyelubungi dirinya.
Shahir mendekat, jemari Hani di dalam genggamannya dikucup. Hani terkedu! Habislah gelaran isteri dara yang aku pegang selama ni! Shahir mendekat lagi, wajahnya didekatkan pada rambut Hani yang basah.

Peluh dingin memercik. Hani memejamkan matanya. Dia tahu, hanya satu cara sahaja lelaki itu akan melepaskannya, cara yang tidak pernah dia gunakan dengan Shahir. Merayu. Ya, Hani perlu merayu supaya lelaki itu melepaskannya. Dia tidak rela perkara yang sedang dibayangkan di dalam mindanya sekarang terjadi. Tidak rela hari itu menjadi hari ini dalam sejarah.

‘Shahir, lepaskan saya, please.’ Suara Hani mengendur. Suaranya lirih.

Shahir tidak menjawab, masih meneruskan gerakannya, dan bibirnya kini singgah di leher Hani. Hani melarikan kepalanya sejauh yang termampu.

‘Shahir, please. Let me go.’ Air mata sudah mengalir laju menuruni pipi. Ketakutannya sudah tidak terbendung.

Masih tiada tindak balas yang diharapkan dari Shahir.

‘Shahir, please. Jangan tambahkan lagi sebab untuk saya benci awak, tolong Shahir. Saya merayu pada awak.’ Esakan kecil kedengaran. Gerakan Shahir terhenti.

Shahir merenung tepat mata Hani yang sudah basah. Wajah itu direnung dalam.

Sebelah tangannya perlahan dan lembut mengusap pipi Hani yang sudah basah. Hani tidak mampu menepis, dan dia tiada daya menepis. Asalkan Shahir tidak menggila, dia akan membiarkan lelaki itu menang dalam hal lain.

Pandangan mata mereka bertentangan.

‘but I have never hated you Hani. Never ever.’ Luah Shahir perlahan, dia menyinggahkan bibirnya lama di dahi Hani, sebelum pegangannya dilonggarkan dan dia melangkah keluar dari bilik. Hani tergamam dan terkedu. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar deruman enjin sebelum bunyi itu menjadi sayup di kejauhan. Hani mencapai bangku meja solek, dan dia terduduk lemah.

Tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. bingung dengan suara hatinya juga yang seakan-akan bersorak ceria dengan tindakan Shahir mengucup dahinya. Hatinya berbunga. Hani bingung, sungguh bingung. Aku benci dia, tapi kenapa….

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam dan Shahir masih belum pulang. Hani menjeling jam untuk kesekian kalinya sambil matanya silih berganti memandang ke porch. Masih tiada tanda-tanda Shahir akan pulang.

Telefon? Kerana bencinya, mereka tidak pernah ada nombor telefon masing-masing. Berhubung Cuma dengan telefon rumah (itupun boleh dikira dengan jari, selalunya bertengkar dan bertekak depan-depan je). Dan kini sesalan timbul, sesal kerana dia terlalu ego hinggakan nombor telefon Shahir pun sanggup dia tidak ambil.

Dan tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat. Lina.

Hani menekan butang hijau.

‘helo Lina.’

‘Hani, aku ada berita ni, tak tau la aku patut cakap ke tak tapi aku rasa patut.’

‘apa dia? Kau jangan main-main la, cakap je.’ Tingkah Hani, sudahlah risaunya dengan Shahir tak habis lagi, Lina pulak nak menambahkan kerisauannya.

‘Shahir….dia accident, kereta dia remuk….’

Hani terjelupuk di atas lantai. Shahir! Jangan pergi dulu!

**********

‘Hani, kau ok?’ sayup suara itu kedengaran. Suara Lina. Eh, kenapa Lina kat rumah aku? Hani memutar kembali memorinya. Shahir!

Matanya terbuka luas.

‘Lina, Shahir, Shahir macam mana?’ Lina melepaskan keluhan panjang.

‘Hani, sebab tu aku datang terus lepas kau diam masa aku tengah bercakap tadi.’

‘Shahir Lina, apa jadi dengan dia?’ Tanya Hani lagi, air mata mengalir laju membasahi pipi.

‘Hani, aku rasa baik kita ke hospital sekarang, aku tak berani nak cakap Hani.’ Wajah Lina mendung. Hani tidak sedap hati. Shahir, maafkan aku!

**********

Sampai di hospital, Lina memimpin Hani yang sudah lemah jalannya ke wad kecemasan. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar masih ada peluang untuknya menebus salahnya pada suami yang baru diakuinya.

‘Lina, salah aku Lina, salah aku. Aku sakitkan hati dia.’ Rintih Hani.

‘tapi setahu aku kau tak kisah kan?’ Tanya Lina, agak hairan dengan bicara Hani yang kedengaran ganjil itu.

‘Lina, aku sayang dia. Aku tak nak dia pergi Lina. Aku sayangkan dia,’ luah Hani lagi, sudah tiada malu bicaranya didengar orang.

‘Hani, kau kan tak pernah kisah dengan dia?’

‘aku kisah! Sebab aku cintakan dia! Lina, mana Shahir, kenapa kau tak bawak aku dekat dia Lina, mana dia Lina? Mana?’ rintih Hani lagi, pelukan Lina masih kejap. Tidak menyangka kawannya akan menjadi begitu apabila mendapat berita buruk ini.

‘cari aku ke?’ Hani terdiam mendengar suara itu di belakangnya. Dia menoleh perlahan. Dan Shahir bersandar di dinding, senyuman terukir di bibir. Tak ada ciri-ciri orang lepas accident pun.

‘kau.’ tutur Hani.

‘yelah aku, siapa lagi?’ senyuman Shahir semakin lebar. Hani menoleh melihat Lina yang sudah tersenyum-senyum simpul juga. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi lelaki yang tidak pernah Hani kenali berdiri di sebelah Lina. Di dahinya bertampal plaster. Di tangannya pun ada.

‘tapi, kereta dia remuk, kenapa….’ Tanya Hani, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

‘Helmi pinjam kereta aku, dia yang accident, bukan aku. Kau tak happy tengok aku sihat macam ni?’ Tanya Shahir, tiada berselindung.

Hani terdiam. Air matanya dikesat. Dipandangnya Lina.

‘kau kenakan aku Lina.’ Nafasnya turun naik, menahan malu dan geram. Malu kerana isi hatinya terluah juga. Geram bila mengetahui yang dia dipermainkan. Dia menoleh kepada Shahir semula.

‘dan aku benci kau!’ jeritnya sebelum dia mengatur langkah laju, mahu melintasi Shahir yang terlebih dahulu menangkap kedua-dua bahunya lalu tubuh Hani dibawa dalam pelukannya.

Hani meronta-ronta, air mata mengalir lagi. Shahir masih memeluknya kejap. Dan Hani sudah menyerah. Menangislah dia di dada lelaki itu.

‘maafkan aku, aku yang bersalah.’

‘aku benci kau.’ tutur Hani dalam sendu. Ditumbuknya Shahir perlahan namun Shahir Berjaya
mengunci tangannya juga.

‘aku sayang kau.’ tutur Shahir, ikhlas.

‘aku benci kau!’ balas Hani pula. Esakannya bertambah kuat.

‘aku cintakan kau.’

‘aku benci kau!’

‘aku cintakan kau dulu, kini, selamanya Hani.’

Hani terdiam, Cuma esakannya yang kedengaran.

‘don’t you ever leave me again.’ Shahir tersenyum mendengar arahan itu. Akhirnya….

‘I’ll never leave you Hani, never ever.’ Pelukannya bertambah kejap.

Lina terharu melihat adegan itu. Helmi di sisi direnung, kekasihnya yang tidak pernah Hani kenal, yang juga merangkap teman sepejabat Shahir.

‘I hate you so much.’ Ujar Hani lagi, dalam suara yang sudah mengendur. Shahir senyum lagi.

‘I know, honey, and I love you so much!’ Shahir berbalas senyum dengan Lina dan Helmi. Akhirnya, benci menjadi cinta!

15 comments:

  1. ske2..bez..salam..minta izin copy yep kak ^^

    ReplyDelete
  2. salam sis... smlm try copy from blog "novel" tp x dpt. so, i minta izin copy from here ya.. thanks so much, will give the credit to you... ^-^

    ReplyDelete
  3. uwa!!!pesal cter2 akk nih sumer best2 blaka.....uwaaa!!!!!!tehehhe...

    ReplyDelete
  4. best r cite ni..
    cite "anaknya anakku jua" pon bez!!
    bile nk smbung lg..??

    ReplyDelete
  5. nice story...
    besh sgt~

    ReplyDelete
  6. hi nice story...Congrat's

    ReplyDelete