About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, January 23, 2016

Aku Bulan Dia Bintang 12











Fakhri sudah tersenyum lebar.
“Jangan lupa, untuk tujuh hari.”
“Betul?” Hajah Faridah tambah teruja. Tidak sempat langsung Darin nak menjeling geram pada Fakhri. Sejurus itu Hajah Faridah memaut lengan Darin dan Fakhri di kiri kanannya erat.
“Tujuh hari...Darin tinggal dengan kami la ya...”
Cepat-cepat Darin menggeleng. Fakhri tergelak kecil. Bertambah geram rasa hati.
“Tak boleh, nek. Saya ada adik perempuan di rumah. Saya tak boleh tinggalkan dia di rumah sendirian.”
“Habis, masa awak di Genting tu?”
“Itu kejadian tak diingini.” Tegas dia meningkah soalan Fakhri, sebelum kembali memandang nenek.
“Tapi saya minta maaf nenek. Saya betul-betul tak boleh tinggal dengan nenek. Saya kena balik rumah.” Darin benar-benar berharap nenek takkan bertanya lagi.
“Nek, tujuh hari tu memang dia sepatutnya bekerja, tapi kalau nenek nak dia temankan nenek, I can arrange that. Bos dia akan buat apa saja yang Fakhri nak. So, basically, we can do anything.
Bagai nak tercekik Darin mendengarnya. Can do anything? Dia ingat aku ni buruh kasar dia ke? Kalau nak escort, pergilah kelab malam! Fakhri ni memang saja nak tengok aku mengamuk, kan?
Gatal mulut Darin mahu membebel, tetapi tersekat semuanya. Tidak sampai hati pula dia melihat nenek bersedih atau susah hati juga. Jadi, Darin hanya mampu menahan rasa geramnya dan memendam isi hatinya jauh di dalam.
“Nek, saya akan teman nenek kalau kerja saya dah selesai. Tapi saya minta maaf. Saya betul-betul tak boleh tinggal di rumah nenek. Maaf ya nek…”
“Tak apa. Terima kasih Darin, sudi temankan nenek. Nanti kita jumpa lagi, ya?” Hajah Faridah senyum.
Darin kelegaan. Nenek tidaklah terasa hati dengannya.
“Ya, insya-Allah. Nenek jangan risau.”
Fakhri kemudiannya mengarahkan pemandu kereta sewa untuk menghantar nenek pulang, sementara dia sendiri akan menghantar Darin. Darin terus bersetuju kerana ada banyak perkara yang mahu dia bebelkan pada Fakhri.
“Awak saja kan perangkap saya depan nenek?” tempelaknya garang sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta mewahnya.
Fakhri jongket bahu tanpa rasa bersalah.
“Mana ada. saya cuma nak awak berterus-terang. Tu je.”
“Awak ugut saya!”
“Awak bersetuju dengan rela hati. Awak cakap sendiri tadi. Ada ke saya paksa awak? Tak ada kan?” Fakhri melirik Darin tanpa rasa bersalah.
Darin terdiam. Duduk di sebelah Fakhri dalam kereta yang sama di Genting tempoh hari memang membawanya kembali ke saat penuh trauma.
“Orang berduit macam awak memang macam ni. Hanya kerana awak ada duit, awak boleh buat ikut suka hati awak. Kalau awak tak macam tu, awak takkan paksa saya ke sana ke mari dan ugut saya untuk terima assignment tu.” Darin mengomel perlahan.
“Oh, jadi sekarang ni semua salah saya? Awak ni tak ikhlas buat kerja ke apa sebenarnya ni?” tingkahnya keras.
Darin menjeling lagi. “Bukan tak ikhlas. Hidup saya tak pernah tunggang-langgang macam ni tahu. Walaupun saya ni anak yatim piatu, saya tak pernah tersepit dalam hidup macam sekarang. Pendek kata, sejak saya jumpa awak, hidup saya kelam-kabut!” Saja dikuatkan perkataan hujung tu, supaya Fakhri terasa.
Fakhri tergelak kecil.
“Awak ingat hidup awak je yang kelam-kabut? Saya menyesal sampai sekarang sebab layan awak malam tu. Patutnya saya biar je awak di situ. Who cares, right? Tapi saya ni manusia jugak. Dan saya balik ke sini dengan nama bersih. Kalau ada benda-benda tak elok, it will disrupt my business doing. Memandangkan banyak benda boleh jadi pada awak yang memang tak berapa betul saya tengok malam tu, saya tolong awak. One thing leads to another. Sekarang, saya tengah tolong awak lagi ni, awak tak sedar ke?”
Sakit hati Darin sebab Fakhri gelak kecil lagi.
 


  Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.




PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

No comments:

Post a Comment