About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, January 23, 2016

Aku Bulan Dia Bintang 13

 



Tanpa menunggu lama, sandalnya ditanggalkan dan dia terus membuat terjunan cantik ke dalam kolam yang terus berkocak ketenangannya. Sekejap saja, dia sudah sampai di hujung sana. Dalam masa beberapa minit saja, dua pusingan lengkap sudah dibuatnya tanpa henti. Sebelah tangannya dipaut pada dinding kolam.
Tiba-tiba, tangannya terdengar deringan dari telefon bimbitnya. Tanpa berlengah, dia terus memanjat dinding kolam lalu naik ke atas. Telefon yang berbunyi terus dicapai sebaik saja tangan dan wajahnya dikeringkan.
Yes, sir,” ujarnya sebaik saja talian bersambung.
Hmm, I believe everything is going well over there?
Yes, as scheduled. We are still in the middle of reviewing the audit report which just came out. Cendera akan jadi milik kita.”
You know what I want. Don’t disappoint me.”
Baru saja Fakhri mahu membuka mulut, membalas kata di hujung talian, talian sudah dimatikan.
Dengan keluhan pendek, dia merenung skrin telefon yang memaparkan nama pemanggil. Tengku Adnan...
Yes, sir. Yes, dad...” ujarnya lemah seraya meletakkan kembali telefon ke atas meja. Fakhri terus berbaring di kerusi malas di sebelahnya. Bathrobe dicapai lalu diletakkan melintang di atas badannya, dan matanya mula merenung langit malam yang jelas kelihatan dari tempatnya. Malam ini cerah, berbulan dan berbintang.
Fikirannya tiba-tiba melayang kepada Darin.
“Darin, Darin. Let see berapa lama kau boleh jadi hipokrit. Sanggup ke nak melayan aku dan nenek lama-lama?” Terluah ayat itu dari bibirnya. Dia tahu Darin cuma sedang berkompromi. Bagus juga. Sekurang-kurangnya, boleh diajar gadis itu mengenai hidupnya, yang tidak semuanya indah.
“Kau anak yatim piatu. Tentu sedih. Tapi, ada ibu dan ayah pun adakalanya tak bererti apa-apa.  Apa yang kau tahu, tentang hidup ini, Darin?” Tambahnya lagi, mengenangkan hidupnya sendiri.
Telefon bimbitnya dikerling.
“Tengoklah. Call cuma untuk tanya fasal business. Ada dia nak tanya, aku sihat ke, nenek sihat ke, apa ke… Tak ada Darin...”
Matanya kembali pada bulan yang seperti mengerti perasaannya.
“Aku ni, memang tak patutlah dia tanya. Tapi nenek…” Fakhri mengeluh panjang.
“Darin, Darin. Samalah kita…” Selepas ini, gadis itu akan mengikutnya ke mana saja. Apa saja yang ada dalam hidupnya. Pasti gadis itu akan terkejut, kerana hidupnya tidak seindah yang disangka.




Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.


PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

No comments:

Post a Comment