About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 16

‘Mala, kau rasa boleh ke aku biarkan Irfan ambil Hana jadi anak angkat dia? Aku rasa cadangan tu ok tapi entahlah. Aku tetap rasa lain lah. Kau rasa?’ matanya melirik Mala yang sedang asyik menonton televisyen.
Mala mengerling Nisa’ sekilas. Meneguk air dalam cawannya. Hana sudah tidur di dalam bilik.

‘aku rasa cadangan tu baik sangat. Kau tak hilang Hana, mak kau pun akan diam, so settle masalah.’ Ujar Mala selamba. Matanya masih melekat di televisyen.
Nisa’ mengeluh panjang.

‘hmm, beza kan Irfan dengan Bakar?’ soalan yang lebih berupa keluhan itu membuatkan Mala menjeling Nisa’ yang menongkat dagu. Bantal kecil erat dalam pelukannya.

’beza? Memang pun. Macam langit dengan bumi.’ Sokong Mala, ada nada menyampah di hujung suaranya.

‘aku betul-betul tak sangka Irfan begitu sayangkan Hana sampai dia sanggup buat macam tu.’ Tambah Nisa’ lagi, kagum.
Mala yang mendengar bicara Nisa’ itu memalingkan mukanya menghadap Nisa’ sepenuhnya.

‘kau cakap, dia tengah nak tackle someone ek?’ Tanya Mala.
Nisa’ angguk laju. Berkerut dahinya mendengar soalan itu.

‘kenapa kau Tanya macam tu?’
Mala geleng sambil tersenyum. Kembali memandang kaca televisyen.

‘tak ada apa-apa.’ Macam aku tak tau Irfan tu suka kau Nisa’. Kau je yang buta. Alahai Nisa’.

Nisa’ mengeluh lagi.

‘pasal tu pun aku risau jugak Mala. Aku takut perempuan tu tak boleh terima Hana nanti. Aku tak nak jadi apa-apa masalah nanti. Kalau boleh, aku tak nak isu latar belakang Hana ditimbulkan lagi,’ ujar Nisa’ penuh harapan.

Dia benar-benar bimbang kelak apabila Hana sudah memahami dunia dia akan terguris dengan kata orang. Nisa’ tidak mahu itu terjadi.
Mala angkat tangannya menidakkan kata-kata Nisa’.

’alah, kau jangan risaulah. Kalau Irfan ambil Hana jadi anak angkat dia, she will be in a good hand. Jangan risaulah.’ Ujar Mala yakin.
Berkerut dahi Nisa’.

‘kau ni cakap yakin betul. Sama macam Irfan. Aku hairan lah. Kau macam kenal je perempuan yang Irfan suka tu?’ teka Nisa’.
Mala geleng, tidak bersungguh-sungguh.

‘taklah, tapi percayalah, aku percaya dia ok.’ Nisa’ diam kembali. Malas sudah mahu menyentuh hal itu.

Tiba-tiba Nisa’ teringatkan sesuatu.

‘Mala, Mak Su cakap apa dengan kau?’
Mala kerling Nisa’ sekilas.

‘nothing much. Dia Tanya kisah sebenar Hana. Tu je.’ Nisa’ angguk-angguk.

‘dia kata apa bila kau cerita kat dia?’ Nisa’ bersungguh-sungguh mahu tahu. Sekurang-kurangnya dia perlu tahu pandangan Mak Su yang sebenar-benarnya. Setakat jaminan Irfan tidak mencukupi. Semalam, pulang dari taman dia tidak sempat berbual panjang dengan Mak Su. Sekadar berpelukan saja kemudian pulang.

’dia lagi kesiankan Hana. Marah juga dia dengan Bakar dan Riani. Alah, kau jangan risaulah. Kan aku dah cakap? Mak Su 100% mesti sokong Irfan ambil Hana jadi anak angkat dia.’ Mala berkata yakin. Siap dengan gerakan tangan yang bersemangat.

Nisa’ angguk lagi. Bantal dipeluk erat. Esok, dia akan memberi jawapan kepada Irfan. Bersama semua terma dan syarat.

********

‘syarat pertama, dia tidur dengan saya seperti biasa, seperti sekarang.’ Nisa’ bersuara tegas. Irfan angguk. Surat perjanjian yang dibuat Nisa’ yang terletak elok di atas meja ditatapnya. Cuma mereka berdua saja di ruang tamu. Mak Su keluar ke rumah jiran sekejap.

Tadi, sebaik nisa sampai dan menunjukkan surat perjanjian yang dibuatnya semalam kepada irfan, irfan mempersoalkan tentang keperluan surat itu dibuat. Namun, setelah diugut oleh nisa, jika irfan tidak mahu menandatangani surat perjanjian itu, nisa tidak akan bersetuju dengan cadangan irfan, dengan berat hati irfan bersetuju.

‘syarat kedua, saya yang beli barang-barang keperluan dia, seperti sekarang.’ Irfan angguk lagi.

‘syarat ketiga, tanggungjawab menjaga Hana pada saya sepenuhnya, seperti sekarang. Lagipun, awak yang cakap yang saya masih ummi dia, Cuma nama di atas kertas tu nama awak. Kan?’

Irfan angguk lagi.

‘ok, no problem. As you wish.’

‘syarat keempat, segala hal berkaitan Hana mesti beritahu saya, dan saya masih ada kuasa mutlak ke atas Hana. Apa-apa yang terjadi dan semua hal berkaitan Hana, saya mesti tahu dan kalau saya terlupa nak beritahu awak apa-apa, awak tak boleh marah saya.’ Ujar Nisa’ lagi.

Irfan angguk lagi.

‘apa yang awak risaukan sangat Nisa’? Kan saya dah cakap, saya penjaga dia di atas kertas saja. Saya takkan bawa dia lari ke Thailand.’ Seloroh Irfan.
Nisa’ Cuma senyum nipis.

‘manalah tau. Ok, sign sini,’ Nisa’ mengunjukkan surat perjanjian yang dibuatnya. Irfan tidak terus tanda tangan.

Dia membaca baris-baris yang tertulis di situ. Mendongak menatap wajah Nisa’. Irfan mengurut dagunya.

’ada apa? Tadi kata ok semua?’ tanya Nisa’ hairan.
Irfan senyum nipis.

‘cik Nisa’, this is an agreement. Tapi semua syarat di sini syarat awak. Syarat saya pun perlu dinyatakan jugak, betul tak? Kalau tak, tak adillah.’ Nisa’ mendengus kecil. Tidak setuju.

‘tadi awak tak kata apa-apa pun?’ Nisa’ menyilangkan tangannya di dada. Tidak puas hati.

Irfan senyum lagi.

‘jangan risau, syarat saya tak susah.’ Nisa’ mengeluh perlahan.

‘hmm, apa dia?’ tidak ikhlas nadanya.

‘semua perbelanjaan Hana saya tanggung, seratus peratus.’ Nisa’ tediam.
Irfan angkat kening.

‘setuju?’
Nisa’ tidak menjawab. Cuba mencari apa keburukan syarat itu padanya.
Irfan menyandar tenang.

‘awak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hana tapi dalam hal kewangan, saya yang tanggung semuanya. Duit awak takkan guna sesen pun. Simple. Awak ada masalah dengan syarat ni?’ Tanya Irfan lagi.

Nisa’ masih membisu. Berfikir dalam. Akhirnya, dia menarik nafas dalam.
‘ok, deal.’
Irfan senyum lebar.

‘ok la kalau macam tu.’
Nisa’ menyimpan kembali surat perjanjian itu untuk diubah semula. Matanya masih melekat di wajah Irfan yang tesenyum lebar.

Tiba-tiba, Nisa' teringatkan sesuatu.
‘awak, kalau salah seorang antara kita kahwin macam mana?’ Irfan kerut dahi.
‘apa masalahnya?’ Nisa' melirik lantai.
‘yelah, awak kan ada perempuan yang awak suka. Mesti awak nak kahwin dengan dia. Nanti, apa jadi dengan Hana?’ Irfan terdiam, menatap wajah Nisa' lama.
‘apa cadangan awak?’ Tanya Irfan berbasa-basi.
‘saya rasa macam ni. Kalau awak kahwin, awak mesti tarik diri sebagai ayah angkat Hana dan dia kembali menjadi anak angkat saya. Macam mana?’ Nisa' member cadangan.
‘what if you get married?’
Nisa' terdiam sekejap. Aku akan kahwin ke?
‘saya tak rasa saya akan kahwin Irfan.’ Beritahu Nisa' lambat-lambat.
Irfan berwajah serius, tidak seperti tadi.
‘Nisa', I ask you, what if you get married?’ tekan Irfan lagi.
Nisa' terdiam. Kenapa Irfan macam marah pulak ni?

‘kalau saya kahwin, Hana akan kembali menjadi anak angkat saya, sebagaimana sekarang.’ Ujar Nisa' tidak yakin.
Irfan angguk.

‘ok, I’m fine with that.’ Nisa' menggalas beg tangannya. Tidak memahami punca perubahan sikap Irfan yang drastic itu.

‘oklah, saya balik dulu. Kirim salam dengan Mak Su.’ Nisa' bingkas masuk ke dalam bilik. Dia keluar semula sambil mengendong Hana.
Irfan menghantarnya keluar.

‘saya balik dulu, assalamualaikum.’ Pintu kereta ditarik. Nisa' memandu perlahan meninggalkan Irfan yang mengeluh panjang.

Keesokan harinya, petang itu, Irfan dan Nisa' bersemuka lagi bersama surat perjanjian yang telah diubah. Kali ini, Mak Su ada bersama.

Apabila Mak Su tahu tentang kewujudan surat perjanjian itu, dia membebel pada Nisa' dan Irfan.

‘kenapa nak buat perjanjian pulak?’ soal Mak Su. Nisa' senyum kelat. Memandang Irfan yang menggaru kepala.

‘sebab saya takut Irfan mungkir janji kalau tak buat perjanjian ni, Mak Su.’ Ujar Nisa' lambat-lambat.

Mak Su geleng kepala. Irfan mengeluh perlahan.

‘tak apa lah Mak Su, tak ada pun tulis kat situ pasal Mak Su. Lagipun, Irfan tak ada masalah dengan syarat-syarat tu.’

Irfan membuka surat perjanjian itu yang telah dibuat 2 salinan.
Menandatangan bahagiannya. Nisa' juga berbuat demikian selepasnya. Mak Su mengambil satu salinan lalu di bacanya.

‘kalau salah seorang dari kamu kahwin? Kenapa tak tulis kalau korang berdua kahwin? Kan senang?’ Mak Su mengomel sendiri. Irfan meletakkan tangannya di atas paha Mak Su, menegur tindakan Mak Su.

Nisa' tersenyum nipis. Menganggap kata-kata Mak Su satu gurauan. Dia melipat salinannya lalu dimasukkan ke dalam tas tangannya.

‘apa-apa ajelah Mak Su ni.’
Mak Su menoleh ke Nisa'.

‘la, betullah apa yang Mak Su cakap. Kalau kamu berdua je yang kahwin kan senang?’ selamba Mak Su berkata-kata.

Nisa' pandang Irfan yang sudah berubah wajahnya. Menunduk seketika.

‘Mak Su, Nisa' balik dulu ya.’
Mak Su mengeluh perlahan. Memandang Irfan yang menggeleng.

Nisa' sudah bingkas masuk ke bilik. Mengambil Hana.

Seperti biasa, Irfan menghantarnya keluar.
Di kereta, Irfan berdehem perlahan.

‘Nisa', jangan ambil hati kata-kata Mak Su tadi. Dia bergurau je.’ Ujar Irfan, menanti reaksi Nisa'.

Nisa' tersenyum nipis.

‘tak apa, saya tau dia bergurau. Lagipun, awak kan dah ada orang yang awak suka? Takkanlah kita pulak nak berkahwin kan?’ jawab Nisa' bersahaja. Memang kata-katanya ikhlas dari sanubarinya.

Irfan menunduk seketika mendengar jawapan itu.

‘oklah, ayah Hana, saya balik dulu.’ Seloroh Nisa'. Pintu kereta ditutup.
Irfan angguk saja.

Mak Su memerhatikan dari pintu rumah. Menggeleng bersama keluhan panjang tatkala kereta Nisa' meluncur perlahan meninggalkan rumahnya.
Irfan memusingkan badannya, menangkap Mak Su di muka pintu.

‘Mak Su, kenapa Mak Su cakap macam tu?’ tegur Irfan sebaik dia sampai di hadapan Mak Su.

Mak Su mencebik.

‘la, betul apa? Kamu tu patutnya luahkan perasaan kamu pada dia. Apa lagi kamu nak tunggu?’ Mak Su berbicara geram. Irfan melabuhkan punggung di sofa. Surat perjanjian tadi dicapainya.

Mak Su turut duduk di sisinya.

‘Mak Su tak faham dengan kamu ni tau. Nisa' tu kan dah single? Yang kamu nak sorok lagi perasaan kamu ni kenapa?’ luah Mak Su lagi.
Irfan mengeluh panjang.

‘Mak Su, kan Irfan dah cakap. Hal ni tak perlu timbul sekarang. Berapa kali Irfan nak beritahu Mak Su, saying dan suka tak semestinya memiliki. Lagipun, sekarang yang penting Hana, Mak Su, bukan saya. Nisa' dah cukup terbeban dengan semua ni, saya tak nak bebankan dia dengan hal lain, hal remeh temeh ni.’ Hujah Irfan.
Buntang mata Mak Su mendengar bicara Irfan.

‘hal remeh temeh kamu kata? Kahwin bukan hal remeh temeh tau.’ Tingkah Mak Su.
Irfan menggaru dahi.

‘Mak Su, bukan maksud Irfan macam tu. Cuba Mak Su fahamkan Irfan Mak Su. Sekarang, Nisa' nak umminya berhenti bising dengan dia tentang Hana and I’m trying to help her out, ok? Kalau tiba-tiba Irfan meluahkan perasaan pada dia, mungkin keadaan akan berubah Mak Su. Irfan tak nak dia jadi takut atau keliru dan dia tarik balik persetujuannya tentang Hana nanti. Benda tu tak mustahil Mak Su. Sekarang ni, Irfan Cuma fikirkan yang terbaik untuk Hana. Hal ni kita boleh tangguh dulu.’ Hujah Irfan.
Mak Su mengeluh panjang.

‘habis, bila kamu nak beritahu dia?’
Irfan terdiam, merenung kasih wajah separuh abad itu.

‘Mak Su, Irfan rasa kita tak perlu dah bincang tentang ni. Kalau dia jodoh Irfan, insyaAllah, tak ke mana. Mak Su janganlah risau sangat.’ Irfan meyakinkan Mak Su.

‘hmm, dah penat Mak Su cakap dengan kamu. Orang muda ni pelik sungguh. Suka hati kamulah. Kalau dia terlepas dari kamu, jangan mengadu dekat Mak Su pulak nanti.’ Mak Su memberi amaran.

Irfan senyum nipis. Dia tahu Mak Su tidak benar-benar bermaksud begitu.

No comments:

Post a Comment